<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2573510443532505187\x26blogName\x3dRainbow+Over+My+Eyes\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://rainbow02.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://rainbow02.blogspot.com/\x26vt\x3d-4421211338454841301', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Rainbow Over My Eyes

 

230808

Jarang sangat aku mengupdate blog aku sejak aku sedar yang umur aku semakin hari semakin meningkat tapi bukan itu sebab utama sebenarnya aku lebih suka mendengar daripada bercakap. Kira blogging ni bersuara jugak la tapi bukan secara lisan. Aku hairan macam mana aku boleh menyimpan 3 buah diary sedangkan aku bukannya pandai menulis, suka hati aku la kan? bosannya, letihnya, ngantuknya =.=

Aku nak ngumpat seseorang tapi tak baik cakap buruk belakang orang kan? lebih-lebih lagi dah nak masuk bulan ramadhan wah, seronoknya! aku pun tatau la tapi aku rasa ramadhan kali ni aku paling teruja dan paling aku nantikan. Azam aku untuk ramadhan kali ni nak menambah sebanyak mungkin amalan, insyaAllah. Bercakap tentang bulan ramadhan ni, beberapa hari lepas aku terima satu offline IM yang berbunyi begini:

Doa malaikat Jibril menjelang ramadhan "Ya Allah tolong ABAIKAN puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: Tidak memohon MAAF terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); Tidak bermaafan di antara suami isteri; Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasulullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari jumaat. Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak sengaja ataupun disengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan"

Insaf aku bila baca setiap barisan ayat-ayat tersebut. Betapa berdosanya aku selama ni bila aku sedar yang perlu meminta maaf dengan ramai orang dan terbit juga perasaan gembira, terharu, sayu dan macam-macam lagi yang aku pun tak dapat gambarkan dengan kata-kata tapi yang pasti perasaan INDAH dalam meniti hari-hari bulan Ramadhan ini. Islam itu memang indah.

Okay, sekarang aku nak cerita pasal exam SPA tadi. Malas aku nak cerita sebenarnya tapi memikirkan kebodohan aku semasa menjawab soalan essay gatal la pulak jari-jari aku nak menaip ni. First of all, aku benci exam SPA sebab aku kena duduk sehari suntuk jawab soalan yang tidak berkaitan dengan minat aku melainkan maths. Hanya kertas maths ja yang aku nanti-nantikan yang lain memang aku hentam. Kalau aku dapat lepas Alhamdullilah rezeki aku la tu tapi aku rasa macam aku sangkut bahagian essay. First essay BM, pada mulanya aku ingat nak buat tentang seniman tapi entahlah bila tengok perkataan seniman tu dalam otak aku cuma ada TVXQ. Sebenarnya aku langsung tak buat preparation untuk exam SPA tadi sebab aku plan nak gagalkan diri aku sendiri lol (sebab alasan yang langsung tak boleh diterima akal)

ok, sambung balik ^-^

Then, aku pilih soalan kedua tentang rasuah. Nampak macam menarik sebab aku tengok gejalah rasuah pun semakin meruncing dah di Malaysia ni. Ok, good ada isi. But then, I had no idea how did the things turn up from gejalah sosial to menghentam kerajaan. Sudahlah totally out of topic, hentam kerajaan pulak tu. Mulanya out of topic tapi bila dah back to topic pergi pulak kutuk kerajaan. Macam mana kalau aku kena ISA? mungkinkah? aku terlupa pulak yang aku sedang ambil peperiksaan khas memasuki perkhidmatan awam. Aku perasan jugak aku memang totally lost sudah dengan essay aku tapi masa dah semakin suntuk. Masa wat essay pun tak cukup cuma 1 jam ja. Aku nak balik ke pangkal jalan pun sudah terlambat jadi terpaksalah aku teruskan to the dead end.

Ok, then kitorang rest lebih kurang sejam setengah. Aku dah putus asa nak jawab essay BI sebab aku yakin aku sangkut essay BM. Jadi, bila jawab essay BI aku hentam ja la. Buat macam karangan budak darjah 2. Siokk buat sesuka hati. Tapi malu pula aku nak kongsi di sini.

Jalja!

 

for this post

Leave a Reply