<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2573510443532505187\x26blogName\x3dRainbow+Over+My+Eyes\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://rainbow02.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://rainbow02.blogspot.com/\x26vt\x3d-4421211338454841301', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Rainbow Over My Eyes

 

230808

Jarang sangat aku mengupdate blog aku sejak aku sedar yang umur aku semakin hari semakin meningkat tapi bukan itu sebab utama sebenarnya aku lebih suka mendengar daripada bercakap. Kira blogging ni bersuara jugak la tapi bukan secara lisan. Aku hairan macam mana aku boleh menyimpan 3 buah diary sedangkan aku bukannya pandai menulis, suka hati aku la kan? bosannya, letihnya, ngantuknya =.=

Aku nak ngumpat seseorang tapi tak baik cakap buruk belakang orang kan? lebih-lebih lagi dah nak masuk bulan ramadhan wah, seronoknya! aku pun tatau la tapi aku rasa ramadhan kali ni aku paling teruja dan paling aku nantikan. Azam aku untuk ramadhan kali ni nak menambah sebanyak mungkin amalan, insyaAllah. Bercakap tentang bulan ramadhan ni, beberapa hari lepas aku terima satu offline IM yang berbunyi begini:

Doa malaikat Jibril menjelang ramadhan "Ya Allah tolong ABAIKAN puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: Tidak memohon MAAF terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); Tidak bermaafan di antara suami isteri; Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasulullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari jumaat. Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak sengaja ataupun disengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan"

Insaf aku bila baca setiap barisan ayat-ayat tersebut. Betapa berdosanya aku selama ni bila aku sedar yang perlu meminta maaf dengan ramai orang dan terbit juga perasaan gembira, terharu, sayu dan macam-macam lagi yang aku pun tak dapat gambarkan dengan kata-kata tapi yang pasti perasaan INDAH dalam meniti hari-hari bulan Ramadhan ini. Islam itu memang indah.

Okay, sekarang aku nak cerita pasal exam SPA tadi. Malas aku nak cerita sebenarnya tapi memikirkan kebodohan aku semasa menjawab soalan essay gatal la pulak jari-jari aku nak menaip ni. First of all, aku benci exam SPA sebab aku kena duduk sehari suntuk jawab soalan yang tidak berkaitan dengan minat aku melainkan maths. Hanya kertas maths ja yang aku nanti-nantikan yang lain memang aku hentam. Kalau aku dapat lepas Alhamdullilah rezeki aku la tu tapi aku rasa macam aku sangkut bahagian essay. First essay BM, pada mulanya aku ingat nak buat tentang seniman tapi entahlah bila tengok perkataan seniman tu dalam otak aku cuma ada TVXQ. Sebenarnya aku langsung tak buat preparation untuk exam SPA tadi sebab aku plan nak gagalkan diri aku sendiri lol (sebab alasan yang langsung tak boleh diterima akal)

ok, sambung balik ^-^

Then, aku pilih soalan kedua tentang rasuah. Nampak macam menarik sebab aku tengok gejalah rasuah pun semakin meruncing dah di Malaysia ni. Ok, good ada isi. But then, I had no idea how did the things turn up from gejalah sosial to menghentam kerajaan. Sudahlah totally out of topic, hentam kerajaan pulak tu. Mulanya out of topic tapi bila dah back to topic pergi pulak kutuk kerajaan. Macam mana kalau aku kena ISA? mungkinkah? aku terlupa pulak yang aku sedang ambil peperiksaan khas memasuki perkhidmatan awam. Aku perasan jugak aku memang totally lost sudah dengan essay aku tapi masa dah semakin suntuk. Masa wat essay pun tak cukup cuma 1 jam ja. Aku nak balik ke pangkal jalan pun sudah terlambat jadi terpaksalah aku teruskan to the dead end.

Ok, then kitorang rest lebih kurang sejam setengah. Aku dah putus asa nak jawab essay BI sebab aku yakin aku sangkut essay BM. Jadi, bila jawab essay BI aku hentam ja la. Buat macam karangan budak darjah 2. Siokk buat sesuka hati. Tapi malu pula aku nak kongsi di sini.

Jalja!

 
 

190808

Sorry K.zura, baru hari ni tunaikan permintaan akak. Bawah ni links e-novel yang sempat dicari. Enjoy reading ^-^

Menyintaimu, satu dosa?
K.I.S.A.H K.I.T.A
Natalia Natasha
Anna dan Lisa
Cinta dewa dewi
Cinta dania
Kasih seharum lavender
Cinta di matanya
Kelopak cinta melur

Kalau ada lagi, InsyaAllah akan ditambah. Don't forget to bookmark all the pages >.<

 
 

160808

I REALLY miss the past right now, crying T-T

ah, emotion conflicts di pagi sabtu.

 
 

130808

Hari itu tengah mencari-cari novel ternampak pulak sebuah buku agak kecil saiznya. Beberapa kali sudah aku keluar masuk kedai buku tu dan beberapa kali juga aku nampak buku tu tapi setiap kali aku belek-belek ja, tak baca pun isi buku tu. Jadi, hari tu aku bertekad nak beli buku tu. Aku pun capai la buku SUPER EXPERT MATHS QUIZ tanpa tengok isi buku tu lagi. Earlier, aku ingat buku tu cuma contains soalan-soalan maths modern, add maths, statistik etc yang related to calculation la. Balik rumah sambil guling-guling atas katil, aku buka la buku tu, antara isi-isi buku tu (randomly)

1. Who is considered to be the first modern mathematician?
2. Who built the first electronic calculating machine?
3. Who is responsible for introducing the idea of 'proof' in mathematics
4. Whose book The Laws of Thoughts became the basis of computer science?
5. What is septillion?
6. What is vigintillion?
7. Where does the 'correspondence theorem' figure in?
8. (x + a)^3 = x^3 + 3x^2a + 3xa^2 + a^3 known as?
9. Which is not a Fibonacci number?

and many more...

Terkejut jugak aku, mana aku tau semua jawapan soalan tu. Cikgu math aku tak ajar pun -_-"

Itu cuma 1.71% daripada soalan-soalan yang tersenarai. Semuanya ada 525 questions. COMMENT aku untuk buku ni : Shugoi! ^-^ dapat menambah kemahiran dalam matematik in all its diverse aspects. Nanti aku usahakan juga la jawab kesemua soalan tu, itupun kalau aku tak sibuk menghadap laptop >.<

arghhh sakitnya kepala aku *-* Semalam langsung tak boleh tidur, malam ni pulak sakit kepala yang melampau

dan kau, kalau tak suka kambing Anglo Nubian jangan bercerita tentang kambing Anglo Nubian. Aku tau ko benci species anglo nubian dan aku tau ko lebih suka kambing British Alpine. Aku tatau kenapa ko nak membandingkan jenis-jenis kambing ini sedangkan ia tetap kambing. Biarpun Anglo lebih hensem dari Alpine ko tetap tak berhak menyoalkan mengapa aku suka kambing Anglo Nubian. Aku ulang buat pertama dan seribu kali, aku punya suka la nak suka anglo nubian x 1000.

 
 

110808

Aku pecahkan rekod hibernasi beruang kutub hari ni dan akibatnya kepala aku sakit -_-" Exam semakin dekat tapi preparation aku hangat-hangat taik ayam. Tambah pulak budak-budak sekolah dah nak exam final sem. Sakit jiwa aku bersabar dengan karenah dorang masing-masing, degil sungguh. Puasa pun dah nak dekat. Aku tatau lagi nak terima tawaran k.deela tu atau tak...

Nak further study lagi atau tak? hari tu aku sudah berkira-kira nak further study tapi tiba-tiba pulak aku berubah fikiran lagik. Susahnya buat keputusan

sampai tahun bila streamyx slow macam sloth nih???!

 
 

080808

Hoping from one to another blog, dan aku terbaca entry ex-tutormate kat KML dulu. Setiap entry dia tak pernah mengecewakan aku. Kalau dia bercerita tentang seekor lalat sekalipun pasti jadi menarik >.<

Entry dia kali ni tentang viva, presentations etc, anxiety menghadapi presentations tapi bukan merujuk pada dia lah, her friends. Presentations adalah benda yang aku tak ingin wujud dalam hidup ini selepas fizik. Tapi apa pun aku bersyukur sebab aku masih hidup walaupun telah berdepan dengan segala presentations (yeay me!) Aku ni tersangatlah pemalu orangnya dan takda keyakinan diri berhadapan dengan orang ramai, fobia mungkin? sedangkan berjalan di hadapan orang ramai pun aku rasa macam berpijak di bumi yang senget walaupun pada zahirnya bentuk bumi adalah bulat, bila berjalan rasa macam kaki pendek sebelah. Perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. It is true indeed, bahawa di planet bumi ni ada banyak lagi benda lebih teruk daripada presentation cuma dalam list aku presentation comes first ^-^

Entry kali ni dedicated to cousin aku wani yang sekarang ni bertungkus lumus di UIA menyiapkan FYP dan bakal menghadapi presentation dengan ucapan GANBATTE KUDASAI! [^-^]V

 
 

070808

Since, aku sangat lapang malam ni (yeay) let's continue with pembelajaran Bahasa Korea >.<

Numbers


1 = il
2 = ee
3 = sam
4 = sa
5 = o
6 = yuk
7 = ch'il
8 = p'al
9 = ku

Days of the week

Sunday = Ilyoil
Monday = Wolyoil
Tuesday = Hwayoil
Wednesday = Suyoil
Thursday = Mokyoil
Friday = Kumyoil

Colors

Orange = juhwang
Green = chorok
Violet = bora
Yellow = morang
Red = bbalgang
Blue = parang
Black = kkamang
White = hayang

Bae go pa = hungry
Whe ut so = why are you laughing?
ut da = laughing
Arumdapneyo = beautiful
Jung mar yo?/sa sil ip nika?/jinjayo? = is that true?
Di gil rae?!/ju gul ra?! = you wanna die?!
Amugutto anhaeyo = I'm doing nothing
musuwo = scared
gummy = spider
Mu ha go it sut su? = What did you do?
ma jo? = right?
Ju muk = punch
Ja ro gar gu ya? = Are you going to sleep?
Da si han bun malhae juseyo? = What did you say?
Moshitda = handsome
Michutda = crazy *_*

I'm going to sleep, jaljayo ^-^

 
 

070808

Mina-san, marilah mari belajar bahasa korea >.<

01. Chuum bekkessumnida = How are you?
02. Junun (name) rago hamnida = My name is ....
03. Mannaseo bangassumnida = It's nice to meet you
04. Gomassumunida/Gamsahamnida = Thank You
05. Yourshimi hapshida = Let's work hard
06. Yourshimi hae juseyo = Please work hard
07. Saengil chuka hamnida = Happy Birthday
08. Mianhaeyo = Sorry
09. Saranghaeyo = I Love You
10. Kensyan hae yo = It's alright
11. Chunman ye yo = Your welcome
12. Chalji nae yo = Fine
13. Jaljayo = Goodnight
14. Da ju Saranghae = I love you too
15. Boa = What
16. An-yi = No
17. Najima = Don't
18. Ichuo = Of course
19. Ahn nyong I kah se yo = Goodbye
20. Sae hae bok man ni bad se yo = Happy new year

sekian sahaja sesi pembelajaran bahasa korea untuk kali ini ^-^ ganbarimashou
Lately, aku begitu tertarik dengan perkataan jepun GANBARI maksudnya work hard kalau dalam korea pulak BARI-BARI bermaksud hurry! hurry! yo bariiii let's bari, let's bari, it's bari time, lol

 
 

060808

Hari ini dengan rasminya blog aku viewable to everyone setelah sekian lama menyepi. Posting terdahulu pun aku simpan buat sambal belacan ;) blog aku berwajah baru dan selama beberapa minggu aku private kan blog aku bukan sebab blog ni under-construction tapi sebab tiba-tiba aku rasa bosan blogging dan ada jugak rasa sedikit bosan kongsi cerita dengan orang lain, sedikit ja lah, tidak terlebih dan tidak terkurang. Mula-mula memang aku rasa nak delete ja account tapi sayang lah pulak jadi set kan lah private sebab aku ni selalu berubah-ubah fikiran. Jadi, mina-san dialu-alukan membaca segala luahan isi hati aku.